Followers

Ahad, Januari 24, 2010

Tun Ghazali Shafie @ King Ghaz meninggal dunia..

Salam.. Salam Sejahtera..

Kini saya sedang berada di dalam bas dari Pulau Pinang ke Kuala Lumpur untuk menghadiri satu seminar mengenai Media dan Perpaduan pada 25 Januari 2010.

Selama lebih 4 jam saya dan rakan-rakan berehat di lereng bukit sebelum terowong berdekatan plaza tol Jelapang kerana bas mengalami kerosakan.

Setelah bas gantian tiba pada jam 9 malam, saya mendapat berita yang mengatakan bahawa bekas Menteri Dalam Negeri, Tun Ghazali Shafie meninggal dunia pada jam 7.45 malam.

Salam takziah diucapkan kepada keluarga Allahyarham Tun Ghazali Shafie.

Semoga Allah S.W.T mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham.. InsyaAllah.. Amin..

Al-Fatehah..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan