Followers

Rabu, Januari 20, 2010

PRK = Wujudkah kuasa ke-3?

Salam.. Salam Sejahtera..

Suatu ketika ada pihak yang mengatakan bahawa Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) akan dijadikan sebagai parti politik jika sekiranya lanskap politik tanah air tidak berubah kepimpinannya. Hal ini hanyalah khabar yang didengari sahaja.

Perkasa dilihat sebagai medium baru kepada orang Melayu untuk beralih arah daripada Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) dan Parti Islam Se-Malaysia (PAS).

Perkasa dilihat sebagai alternatif kepada orang Melayu di bawah terajui Yang Berhormat Datuk Ibrahim Ali.

Disebabkan lanskap politik khasnya kepimpinan telah berubah maka ia tidak menjadi seperti mana yang dikhabarkan.

Nampaknya situasi ini akan cuba diterapkan di dalam Pilihanraya Kampus yang akan datang. Adakah wujud pihak ketiga yang akan menjadi alternatif kepada para mahasiswa dan mahasiswi?

Kuasa ketiga mungkin muncul semasa PRK ini. Mungkin mahasiswa dan mahasiswi akan membuat pilihan sama ada hendak mengundi calon Pro-Aspirasi, Pro-Mahasiswa atau mungkin calon Kuasa Ketiga...

Tunggu dan lihat..

*Dari kaca mata pemerhati...

6 ulasan:

  1. Mampukah dan relevankah jika wujud kuasa ketiga ini??Adakah kewujudan kuasa ketiga ini betul-betul bebas dari cengkaman mana-mana pihak??renung-renungkan..

    BalasPadam
  2. Salam...Mungkin kuasa ketiga ini adalah gabungan daripada pro-aspirasi dan pro-mahasiswa yang bergabung atas nama mahasiswa...Bebas Mula Bergerak....

    BalasPadam
  3. Salam..Salam sejahtera..

    terima kasih senyum selalu..saya tersenyum membaca komen anda..dalam dunia ini mana ada kebebasan mutlak..sama ada ia relevan ataupun tidak itu bukan masalah utama tetapi ia akan menjadi alternatif kepada mahasiswa/i untuk membuat pilihan.

    selama ini banyak pihak melabel Pro-A dan Pro-M di cengkam oleh pihak barisan dan pakatan. adakah mereka masih relevan?

    saya bersetuju dengan pandangan saudara fauzan mengenai perkara ini. ks30069, anda lebih mengetahui mengenai perkara ini.

    BalasPadam
  4. btol jgk wujud ke x? ape2 pun tunggu jer la...

    BalasPadam
  5. Adakah kewujudan gerakan bebas ini adalah kerana akibat kecewa tidak mendapat sokongan mana2 pihak??menjadi trend hari ini berlaku dalam negara sejak dari zaman dulu lagi, individu yang kecewa tidak dpt kuasa dalam satu organisasi mula memisahkan diri dan sanggup lupa pada perjuangan asal kumpulan kerana terpengaruh dengan ilusi diri tidak diterima oleh kumpulan tertentu.mampukah gerakan bebas ini meneruskan roh perjuangan itu???

    BalasPadam
  6. sama ada kehadiran pihak ketiga ini berunsurkan kekecewaan itu adalah nawaitu pihak yang terbabit sahaja..kita hanya mampu membuat andaian dari sudut pandangan sebagai pemerhati..

    saya tertarik dengan 1 ulasan daripada penyokong kuat sebuah organisasi..beliau mengatakan bahawa tidak wujud Pro-A dan Pro-M. beliau mengatakan bahawa ketika bertanding kesemua calon adalah BEBAS. Persoalannya adakah mereka semuanya benar2 BEBAS? apabila keputusan diumumkan maka kita akan mendengar puak ini dan puak itu meraih sokongan dan sebagainya..

    secara realitinya kita sebagai mahasiswa tidak mahu memilih seseorang yang berjuang demi sebuah organisasi tetapi mereka yang berani untuk berjuang demi mahasiswa dan mahasiswi. kita tidak mahu memilih mereka yang hanya berani menentang tetapi tidak menyediakan alternatif terhadap apa yang ditentang.

    oleh sebab itu saya amat berharap jika kewujudan GERAKAN BEBAS ini benar2 mahu berjuang dan sekiranya mereka meraih kemenangan maka mereka perlu berjuang untuk semua, dan bukannya berjuang untuk organisasi tertentu.

    saya agak bersetuju dengan ulasan saudara ks30069 yang menyatakan bahawa BEBAS adalah gabungan antara Pro-A dan Pro-M.. secara realitinya hal ini adalah sesuatu yang baik untuk kita melihat kewujudan sebuah 'KERAJAAN PERPADUAN'.

    nampaknya Pro-Aspirsi dan Pro-Mahasiswa semakin tertekan dengan kehadiran BEBAS..

    BalasPadam