Followers

Isnin, Mac 01, 2010

Fairuz tak sambung belajar, masuk UMNO pula..

Salam.. Salam Sejahtera..

Dalam suasana yang sedang panas kerana perlu menyiapkan tugasan, saya perlu menjengah seketika ke dalam blog ini di samping mencatat beberapa isu yang terkini dan terkejut jika perlu.

Lebih kurang pukul 11 malam tadi saya mendapat berita melalui mesej pesanan ringkas yang mengatakan bahawa bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang iaitu Fairuz Khairuddin telah keluar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan menyertai Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu atau UMNO.

Fairuz Khairuddin sebelum ini juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Penanti meletak jawatan sebagai ADUN bagi memberi peluang kepada Mansor Othman untuk bertanding kerusi DUN Penanti dan seterusnya menjadi Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang.

Alasan Fairuz meletak jawatan sebagai TKM dan ADUN sebelum ini dikatakan untuk menyambung pelajaran. Alasan yang diberikan pada saya cukup 'rasional' kerana disebabkan inginkan ilmu maka perlu meletakkan jawatan sebagai TKM dan ADUN serta diadakan pilihanraya kecil yang menyebabkan perbelanjaan yang banyak. Alasan yang di reka oleh pihak-pihak tertentu sebenarnya.

Di dalam beberapa blog ada menyatakan bahawa hubungan YAB. Ketua Menteri dengan Fairuz sebelum ini tidak mesra dan sukar untuk mengemudi kerajaan negeri. Walau apa pun itu hanya Tuhan dan mereka sahaja yang tahu.

Mungkin disebabkan itulah maka Fairuz telah di minta oleh 'Bos Besarnya' di dalam parti untuk berundur dan disediakan alasan yang 'ilmiah' iaitu berhenti untuk sambung belajar. Fairuz mungkin telah di 'kunci' mulutnya daripada berkata benar.

Mungkin selepas ini Fairuz akan bercakap benar mengenai apa yang berlaku. Sebab sebelum ini saya melihat beliau kerap 'sorong dan tarik' mengenai apa yang beliau ingin katakan. Mungkin kerana di beri amaran oleh pihak-pihak tertentu.

Pada saya Fairuz seorang yang taat kepada pemimpin. Taat kerana beliau patuh kepada arahan pemimpinnya sendiri. Jika tidak taat sudah tentu beliau tidak akan meletak jawatan sebagai ADUN.

Secara peribadi saya melihat kemasukan Fairuz ke dalam UMNO sebenarnya tidak mendatangkan faedah yang besar kepada UMNO kerana beliau bukanlah seorang ADUN. Beliau masuk ke dalam UMNO hanya sebagai orang biasa sama seperti mereka yang masuk UMNO dan masuk ke dalam akhbar utama. Tetapi jangan di lupa akan pengaruh beliau yang pernah menjadi TKM Pulau Pinang.

Bayangkanlah jika beliau kini masih seorang ADUN dan masuk ke dalam UMNO, sudah tentu akan ada suara-suara yang melaungkan 'demokrasi itu kemenangan untuk kita sahaja' akan berdemonstrasi dan meminta beliau meletak jawatan sebagai ADUN. Seterusnya di label sebagai mengkhianati amanah pengundi pula.

Nampaknya politik itu sukar untuk di duga. Kadangkala tidak sukar untuk di duga.

Hak semakin menenggelamkan kebathilan. Kebenaran pasti akan muncul.

Kepimpinan Melalui Tauladan.

Contohilah kepimpinan Khalifah Umar Abdul Aziz yang sebenar dan bukan hanya sekadar retorik.

Tun Dr. Mahathir Mohamad pernah di gelar sebagai MahaFiraun, kini dalam kelompok di sebelah sana ada juga Firaun. Firaun Kecil dan Firaun Besar.

3 ulasan:

  1. Biar apa pun pandangan/komen terhadap Fairuz yang menyertai UMNO kita perlu terima dengan hati yang terbuka dan jangan membuat andaian yang melulu tak bukti yang kukuh. Yang pasti sudah tentu Fairuz ada sebab musabab yang tertentu yang membolehkan beliau membuat keputusan sedemikian. Percayalah Allah s.w.t lebih mengetahui segala-galanya

    BalasPadam
  2. betul tu zaki..apa2 pun kita tak berhak menafikan hak dia untuk berkata-kata..

    BalasPadam
  3. cari lah duit banyak2 didunia untuk beli syurga diakhirat kelak

    bekas ahli UMNO yg dah taubat!!!

    BalasPadam