Salam.. Salam Sejahtera..
"Orang yang cerdik belum tentu dia pandai, orang yang pandai belum tentu dia bijak, orang yang bijak belum tentu dia bijaksana..". Inilah kata-kata yang kerap diperingatkan kepada saya oleh seorang hamba Allah S.W.T.
Ini bukan kisah politik kotor mainan manusia yang kotor. Ini juga bukan kisah pendedahan konspirasi di dalam konspirasi. Ini juga bukan kisah akuan bersumpah daripada sesumpah. Ini juga sebenarnya tiada kaitan dengan pilihan raya kecil yang bakal diadakan di Parlimen Hulu Selangor, Selangor.
Kenapa saya perkatakan isu ini? Tiba-tiba saja saya teringin menaip. Teringin menekan satu demi satu huruf yang terpapar di papan kekunci laptop acer yang dah berkhidmat kepada saya hampir dua tahun. (banyak jasanya - walaupun ada masalah kerana beli di kedai yang popular satu Malaysia).
Bukan senang hendak membuat keputusan. Suatu ketika saya pernah membuat keputusan yang menimbulkan konflik di antara saya dengan orang lain semasa di tahun akhir sekolah menengah tahun 2007. Walaupun keputusan yang saya buat itu adalah untuk kebaikkan semua tetapi saya terpaksa melupakan seketika prinsip sendiri.
Kini saya berhadapan sekali lagi konflik untuk membuat keputusan. "Kenapa mesti saya?". Persoalan yang kerap saya ajukan apabila saya menjadi pilihan utama dalam sesi mengajukan persoalan sama ada di dalam kelas atau sebagainya.
Kenapa agaknya? Kriteria apa yang digunakan untuk saya berada dikedudukan tersebut? Apakah kayu pengukur yang digunakan untuk meletakkan saya berada di situ? Inilah dilema yang menghantui saya sehingga saat saya menulis ini.
Sememangnya bukan senang untuk membuat keputusan. Kita kena fikir kesan positif dan negatif yang bakal berlaku dengan keputusan yang bakal kita buat itu.
Keputusan yang di buat semasa berada dalam keadaan emosi tidak stabil (marah) lazimnya itu adalah keputusan yang tidak rasional.
Saya harap keputusan yang bakal tercipta malam ini (27 Mac 2010 11 Rabiulakhir 1431 H) adalah keputusan yang tidak membawa ke arah konflik dan perasaan tidak menentu.
Saya tidak takut untuk berdepan dengan cabaran tetapi saya perlu kekuatan untuk menempuh cabaran tersebut.

xde komen tp nk komen jgk ;p
BalasPadamkomen apa tu? aku xdpt nak komen balas..
BalasPadamtahniah cik syukri...pernyataan yg diberikn sukar tuk ikin memahaminya..hehehe....cume berharap dpt menjalnkan tgugjwb dengan sebaik2yerr...insyaAllah
BalasPadama'aah pening kepala ni ikin..
BalasPadamada manusia pernah cakap kat aku "syukri, memang susah nak jangka apa yg bakal awak buat..susah nak baca awak ni..".. pernyataan ni lagi susah nak faham..
apa2 pun terima kasih ikin..mohon kerjasama jugak..
tarikh 27-3,
BalasPadambyk mencatatkan perkara yg manis2 ye?
hehe
memang manis kalau dirasai dari sudut yg manis..tapi pahit kalau tekak sakit..
BalasPadam