Followers

Khamis, Jun 30, 2011

Bersih berjaya! Jangan lupa video seks & kes liwat!!

Salam.. Salam sejahtera..

Syukur Alhamdulillah kerana Bersih sudah berjaya mencapai 'matlamatnya'.

Saya secara peribadi lebih mengenali Bersih 2.0 berbanding Bersih 1.0 yang diadakan sebelum ini.

Kerana apa? Kerana 'publisiti murahan' yang diberikan oleh media-media, sama ada media kerajaan atau pembangkang.

Tindakan lemah pihak berkuasa dalam menangani masalah ini juga menjadi punca Bersih 'berjaya'.

Saya membayangkan, jika Perdana Menteri ketika ini seperti Tun Dr. Mahathir Mohamad, sudah tentu tidak wujud nama yang popular seperti Ambiga.

Saya mengatakan bahawa Bersih 2.0 kali ini berjaya kerana gerakan ini berjaya memecahkan umat Melayu. Di dalam Bersih itu sendiri sudah wujud Melayu Pas, PKR, dan badan-badan bukan kerajaan (NGO) yang lain.

Satu kelompok Melayu lagi yang menentang tindakan Bersih ialah Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia di bawah teraju Ketua Pemudanya iaitu Khairy Jamaluddin. Sebelum ini saya menentang keras tindakan Khairy yang membawa Pemuda UMNO bergerak ke jalanraya kerana beliau tidak mempunyai jawatan di dalam kabinet.

Satu lagi kelompok yang sejak awal-awal lagi menentang tindakan Bersih berarak di jalanraya ialah Perkasa. Perkasa adalah NGO Melayu yang paling berani dan paling menonjol dalam mempertahankan hak Melayu di negara ini. Saya bangga dengan Perkasa. Perkasa lebih berani berbanding UMNO.

Kelompok yang keempat saya gelarkan sebagai kelompok pendekar. Mahaguru silat sendiri sudah mengeluarkan kenyataan akan mempertahankan keamanan negara ini. Pembaca boleh ikuti kenyataan mahaguru silat ini pada post yang sebelum ini. Agak terkilan apabila ada rakan mempersenda 9 Julai ini akan diadakan pertunjukkan silat kerusi roda. Inilah salah satu baka biadab hasil perjuangan caci maki Pakatan Rakyat dan Pas di Kelantan.

Secara realiti dan secara peribadi saya melihat tindakan Bersih dan tuntutan yang diinginkan oleh Bersih itu adalah sangat bagus. Akan tetapi cara untuk menghantar memorandum kepada pihak istana adalah tidak wajar.

Persoalannya mengapa? Mengapa perlu berarak di jalanraya secara beramai-ramai sedangkan memorandum itu boleh dihantar secara lebih sopan dan tidak menyusahkan orang lain? Adakah ingin membawa saksi yang mencukupi untuk melihat 'aksi' memorandum itu selamat diserahkan kepada pihak istana?

SPR sudah menjawab tuntutan-tuntutan Bersih itu.

Tuntutan Bersih itu ada yang memerlukan pindaan perlembagaan, dan itu bukanlah bidang kuasa SPR.

Maaf saya nyatakan disini bahawa tindakan penyokong-penyokong Bersih yang bertindak secara emosional sebenarnya hanya membaca laporan berita di laman-laman berita yang pro kepada pembangkang. Media-media itu lebih cenderung menyiarkan pertikaian yang dilemparkan oleh parti-parti pembangkang terhadap kerajaan dan SPR, tetapi apabila pihak kerajaan dan SPR menjawab mengenai sesuatu isu seperti yang dibangkitkan oleh Bersih, mereka tidak baca.

Kerana apa? Kerana SPR sudah memberikan jawapan di media arus perdana tetapi mereka lebih suka 'memboikot'. Lebih elok baca semua berita daripada pelbagai sumber untuk mengetahui isu.

Secara jelas, terang dan nyata Bersih telah berjaya memecahbelahkan umat Melayu dan Islam di negara ini. Orang bukan Melayu mencetak/menjual baju KUNING, dan orang Melayu pula membelinya.

Seperkara yang terlintas difikiran saya, isu Bersih ini sebenarnya juga sudah berjaya mengalih beberapa isu besar di dalam negara kita.

Apakah isu itu? Isu rakaman seks Datuk Seri Anwar Ibrahim dan kes liwat beliau.

Pakar bergelar profesor daripada Amerika Syarikat sendiri sudah pun mengesahkan 99.99% rakaman itu adalah tulen dan pelakunya adalah seperti yang dinyatakan sebelum ini. Sebelum ini pakar daripada Korea Selatan juga menyatakan hal yang sama.

Naib Presiden PKR, Nurul Izzah yang juga merupakan anak kepada Ketua Umum PKR dan juga anak kepada Presiden PKR 'memilih' Turki sebagai negara 'contoh'. Saya setuju dengan cadangan beliau itu, sewajarnya juga ayahandanya yang juga 'anugerah tuhan' itu perlu juga mencontohi ahli-ahli parlimen Turki yang mengundurkan diri atas sebab moral dan skandal seks.

Sudah jelas terpampang wajah si 'anugerah tuhan' di dalam rakaman itu, mengapa masih ingin berdalih?


Baiklah, jika video itu adalah rekaan semata-mata, mengapa dinafikan melalui sumpah? Bersumpahlah atas nama Allah S.W.T dan nyatakan bahawa pelaku di dalam video itu bukan beliau. Terlalu banyak berdalih manusia itu. Pelbagai alasan diberikan, yang bagusnya angkat sumpah menjadi ahli parlimen berani pula.


Apa-apa pun Melayu tetap kalah dalam pertarungan ini. Yang berjaya hanya seorang Melayu sahaja iaitu Anwar Ibrahim kerana berjaya mendinginkan isu salah laku seks dan kes liwat beliau, itu pun atas bantuan seorang bukan Melayu.

1 ulasan: