Followers

Ahad, Jun 19, 2011

Komen biadab di laman portal 'NEUTRAL' kononnya..

Salam.. Salam sejahtera..

Sebagai salah seorang daripada puluhan ribu pembaca Malaysiakini, rasanya tidak keterlaluan jika saya mengkategorikan sebahagian besar pembaca yang memberi komen diruangan itu adalah dalam kategori mereka yang beremosi dan tidak bijaksana dalam memberi komen.

Saya bukan hendak menuduh tetapi ini adalah hakikat yang sebenar. Kalau anda tidak percaya silalah baca berita-berita di MALAYSIAKINI dan lihat sendiri komen-komen di bahagian bawah ruangan berita itu.

Salah satu individu contoh terbaik akan kebiadabannya di laman portal yang khabarnya sangat 'neutral' itu adalah lelaki di bawah ini,


Individu ini sesuka hati menggelar Tun Dr. Mahathir Mohamad dengan gelaran sedemikian. Siapakah lelaki ini? Diharapkan bukan beragama Islam.

Namun begitu ada juga pembaca Malaysiakini yang rasional seperti di bawah ini,


Persoalannya mengapakah tidak menggunakan bahasa yang lebih sopan untuk memberi komen? 

Mengapa lebih gemar menggunakan bahasa-bahasa yang kesat? 

Bukankah bahasa menunjukkan bangsa?

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai perkara ini, silalah ke blog http://satulimatiga.blogspot.com/2011/06/tun-mahathir-dihina-laknatullah-pandi.html

4 ulasan:

  1. Salam.
    Saya mengandaikan penggunaan bahasa kesat dalam memberi komen adalah budaya yang dibawa oleh Ketua Pembangkang Malaysia kini. Tidak perlulah saya nyatakan namanya. Pasti semua tahu siapa beliau. Beliaulah manusia pertama di Malaysia yang saya rasakan menggunakan bahasa-bahasa sebegitu apabila beliau tidak boleh menidakkan hujah atau menjawab persoalan yang ditanyakan atau yang perlu dijawabnya.

    Perkara ini kemudiannya dituruti oleh pihak yang sememangnya mengamalkan budaya ganas, samseng dan lain-lain yang sememangnya menunggu peluang untuk menggunakan bahasa sebegitu dalam apa-apa sahaja ulasan mereka. Hingga suatu ketika Tok Guru pun menggunakan perkataan celaka. Inilah contoh-contoh manusia Gasar dan Tidak Bertamadun masa kini.

    BalasPadam
  2. kepimpinan melalui tauladan..kalau ketua dah guna kata-kata kesat, pengikut secara automatik akan terikut..

    BalasPadam
  3. syukur, ada gak pahala situkang maki berpindah tuan. moga akan insaf akan keceluparannya akan datang. Allah maha tahu...

    BalasPadam