Followers

Sabtu, Jun 18, 2011

Kartun, Boikot, Fitnah..

Salam.. Salam sejahtera..

Heboh.. Kecoh.. Riuh rendah apabila Utusan Malaysia menyiarkan kartun yang khabarnya menghina Islam.


Saya berpendapat kartun berkenaan sebenarnya tidak menghina Islam, kecuali pihak yang 'terkena' dek sindiran itu benar-benar terasa dengan lakaran tersebut.

Bukankah kartun itu lebih menjurus ke arah untuk menyindir Tuan Presiden Parti Islam Se-Malaysia (PAS) yang menang jawatan Presiden tanpa bertanding?

Selepas ini perompak-perompak atau para penjenayah tidak perlu risau lagi dengan kewujudan kamera litar tertutup (cctv) kerana cctv hanya besi dan tidak boleh jadi bahan bukti apatah lagi 'saksi' di mahkamah.

Saya tetap beranggapan bahawa pelukis berkenaan mungkin hanya bertujuan untuk mengkritik pihak-pihak tertentu mengenai sesuatu perkara. Sewajarnya ia di anggap sebagai salah satu sumbangan untuk membetulkan fahaman yang salah seperti mana yang dinyatakan oleh bekas Mufti Perlis.

Saya sebenarnya pelik apabila semakin ramai yang memberikan tumpuan kepada akhbar Utusan Malaysia. Alhamdulillah, setidak-tidaknya Utusan Malaysia mempunyai peminatnya yang tersendiri.

Sewajarnya bukan hanya kartun di Utusan Malaysia sahaja yang perlu di beri perhatian. Seorang pelukis hebat yang dimiliki oleh Malaysia juga perlu di beri perhatian. Mengapa? Kerana beliau seorang pelukis atau kartunis yang berani mengkritik kerajaan Barisan Nasional melalui karnyanya.


Cuba bayangkan apakah respon atau tindak balas daripada Parti ISLAM Se-Malaysia dan Persatuan Ulama Malaysia jika kartun di atas ini diterbitkan oleh Utusan Malaysia atau media-media yang sehaluan dengan Barisan Nasional?

Apakah definisi Ulama sebenarnya? Saya berpendapat bahawa Ulama sewajarnya tidak menyertai mana-mana parti politik kerana lazimnya kenyataan berkaitan hukum agama sudah tentu akan lebih menjurus ke arah parti atau ideologi parti politik yang disertai oleh Ulama itu sendiri.

Maaf jika ada Ulama yang membaca perkara ini.

Dahulu PAS mengatakan UMNO mengamalkan nepotisme dan kronisme. Cuba lihat apa yang berlaku di dalam PAS sendiri selepas pemilihan parti tersebut. Jika UMNO mengamalkan kronisme dan nepotisme, maka PAS akan menghentam habis-habisan. Kini, apabila PAS pula yang 'tidak sengaja' mengamalkan perkara tersebut apa pula yang mereka katakan? Masa itu jugalah kisah-kisah para sahabat mereka keluarkan sebagai dalil untuk menghalalkan tindakan mereka.

Terus terang saya katakan di sini saya membaca akhbar Utusan Malaysia sejak sekolah rendah sehinggalah kini. Adakalanya rasa menyampah pun ada dengan akhbar ini tetapi untuk menyeimbangkan laporan akhbar, saya akan membaca akhbar atau berita daripada pembangkang juga.

Rasanya saya tidak perlu mengikut tindakan mereka yang kurang bijak dan bertindak seperti ini di bawah ini.


Saya tetap dengan pendirian bahawa media perlu di beri kebebasan untuk melaporkan kepada masyarakat umum mengenai setiap perkara yang berlaku di negara ini. Kebebasan media tidak sewajarnya hanya diberikan kepada mereka yang berstatus kroni sahaja.

Jika media tidak sependapat dengan kita, rasanya tidak perlulah menghasut orang lain untuk tidak membeli dan membaca Utusan Malaysia. Ada juga yang tidak mahu membeli Utusan Malaysia tetapi berebut hendak membaca akhbar tersebut di warung-warung. Boikot beli tapi baca tetap baca.

Alhamdulillah, walaupun ada akhbar yang 'menipu' kerana melaporkan kenyataan seorang Ulama kononnya Ulama itu mengatakan haram membaca Utusan Malaysia tetapi saya tetap akan setia dengan akhbar ini.

Walaupun Utusan Malaysia adalah akhbar milik UMNO tetapi setiap kali Muktamar PAS diadakan, akan ada ruangan khas untuk parti pembangkang tersebut. Itulah kebebasan akhbar namanya.

Presiden PAS Yang Berhormat Datuk Seri Abdul Hadi Awang sendiri membaca Utusan Malaysia, jadi mengapa penyokong-penyokong pembangkang hendak memboitkot akhbar ini?


Yang tidak membaca jangan pula sibuk-sibuk hendak berdemonstrasi kerana anda sendiri tentu tidak membaca akhbar ini tetapi bagaimana anda tahu akhbar ini menghina Islam?

Jangan pula jadi seperti kes rakaman video seks pemimpin parti pembangkang, ramai yang mengatakan rakaman tersebut palsu walaupun belum menontonnya. Saya sendiri tidak tahu betul atau pun tidak kerana pihak yang menuduh bersumpah si pelaku di dalam rakaman itu adalah individu yang sangat terkenal di Malaysia.

Saya sendiri pelik kerana penyokong-penyokong pembangkang tidak mengadakan bantahan di hadapan bangunan akhbar rasmi mereka HARAKAH apabila ada laporan atau berita-berita yang berunsur fitnah.

Nampaknya akhbar rasmi Parti ISLAM Se-Malaysia sendiri mengamalkan fitnah.

Saya tidak mahu memfitnah di sini, ini buktinya.




Cuba bayangkan apakah tindakan penyokong-penyokong pembangkang jika Utusan Malaysia yang menyiarkan gambar ini dan wanita di dalam gambar itu adalah salah seorang penyokong kuat mereka?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan