Salam.. Salam sejahtera..
Gendang 'PERANG' sudah dipalu oleh Mahaguru..
Kali ini amaran bukan main-main. Amaran ini tidak dikeluarkan oleh Menteri Amaran, tetapi daripada mulut seorang Mahaguru Silat yang berpengaruh.
"Saya sendiri akan mengetuai persatuan silat ini walaupun saya berkerusi roda, saya akan turun dan berada di barisan paling hadapan. Kami tidak sanggup lagi melihat keamanan negara dipermainkan untuk tujuan politik"
Batalkan jika tidak mahu 'perang' - Omardin
KUALA LUMPUR 26 Jun - Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia (PSSLM) memberi amaran kepada penganjur perhimpunan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) supaya membatalkan hasratnya itu jika tidak mahu 'berperang' dengan pengamal seni silat di negara ini.
Mahagurunya, Tan Sri Omardin Mauju berkata, adalah menjadi tanggungjawab pengamal seni silat untuk mempertahankan negara sejak zaman pemerintahan kerajaan Melaka lagi dan mereka tidak akan teragak-agak untuk bertindak keras ke atas golongan yang cuba menimbulkan kekacauan serta huru-hara.
"PSSLM yang mempunyai ratusan ribu ahli juga akan turun pada 9 Julai itu sekiranya Datuk S. Ambiga masih mahu meneruskan perhimpunan haram tersebut. Kami tidak akan biarkan perkara itu berlaku kerana jelas sekali ia perbuatan yang menghina negara.
"Kami sebagai golongan pengamal silat merupakan pelindung kepada negara dan sultan sejak beratus tahun dahulu tidak akan berdiam diri. Sekiranya kami tidak mengambil apa-apa tindakan, kami akan dianggap dayus.
"Saya sendiri akan mengetuai persatuan silat ini walaupun saya berkerusi roda, saya akan turun dan berada di barisan paling hadapan. Kami tidak sanggup lagi melihat keamanan negara dipermainkan untuk tujuan politik," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Menurut Omardin, PSSLM telah lama berdiam diri dan bersabar dengan tindak-tanduk segelintir golongan seperti Ambiga yang cuba menganggu gugat keamanan di negara ini.
Beliau menasihatkan Ambiga supaya membatalkan segera hasrat menganjurkan perhimpunan itu kerana khuatir tidak akan dapat mengawal emosi anak-anak didiknya jika mereka bertembung pada perhimpunan itu nanti.
"Sebagai pengamal silat, saya tidak boleh beri jaminan bahawa kami hanya akan melaung dan membantah sahaja. Jadi sekiranya tidak mahu perkara tidak diingini berlaku, lebih baik batalkan hasrat untuk menganjurkan perhimpunan haram tersebut.
"Banyak lagi kaedah lain boleh dilakukan daripada berarak di jalan raya dan menyusahkan banyak pihak seperti polis, peniaga dan rakyat. Perkara ini boleh diselesaikan melalui cara meja bulat, jadi gunakanlah saluran yang betul," jelasnya.
Sumber : Utusan Malaysia
Very well said indeed. Semua ahli perlu bersedia untuk sebarang kemungkinan. Takbir....
BalasPadamalhamdulillah.ini yang aku tunggu selama ini.syabas MAHAGURU DATUK OMARDIN.hari2 belajar seni mempertahankan diri pun tak guna jugak.kalau tak ada tempat nak TES.ini lah masanya kita turun tunjuk kehandalan.wahai ahli2 SILAT MALAYSIA marilah kita sama2 membantu kerajaan MEMBERSEHKAN penghianat2 negara.DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA BESAR.
BalasPadamkalau di serang barulah balas ye..
BalasPadamWah..boleh mula asah apa yang ada ni...
BalasPadammemang tak patut menuntut untuk mempertahankan diri saja, sedangkan negara nak huru hara. Sama-sama berjuang hingga titisan darah terakhir dengan niat mempertahankan maruah Agama, kedaulatan bangsa dan kemanan negara. Ayuh sahabat seperjuangan,Mahaguru menuntut kita bersama beliau. Perlengkapkan diri, musuh mudah dikenal pasti iaitu berbaju kuning...
-poknik anak tajau
Yes, inilah time untuk test. Hidup pahlawan Melayu.!!!
BalasPadamfuhh. nih yang menaikkan semangat kemelayuan nih. biar diorg tengok sket, melayu nih ada had sabar nye.
BalasPadamkah...kah...kah.....patutlah silat gayong dgn cekak benci lincah.....pengampu rupanya.....ingat....allahyarham Ustaz Hanafi silat cekak amat memusuhi beliau....
BalasPadamDengan Nama Allah... Nyahkan puak BERSIH!!!!
BalasPadamkalau kerajaan negara ni FUCKatan rakyat pun pertubuhan silat akan pertahankan demi keamanan negara ni..bukan berpendirian seperti lalang tapi demi negara
BalasPadambodo la korg,undang2 Islam xnk plak korg pertahanankn~ byk la ko nk test ilmu.. byk sgt ke ilmu yg cetek tu.. org semakin byk blaja sembunyi kuku, ini same je 2 x 5 dgn murahguru korg,berlagak..jgn blaja sikit dh angkuh kelak suatu hari buku akan bertemu ruas... korg tgk la!!!
BalasPadam