Followers

Rabu, Jun 29, 2011

50 ribu sedia 'bertempur'

Salam.. Salam sejahtera..

Selepas Pengerusi Bersih menyatakan bahawa Perhimpunan Bersih akan tetap diadakan, nampaknya 'perang' benar-benar akan berlaku pada 9 Julai ini.

Yang pasti orang Melayu adalah golongan yang paling rugi dalam perhimpunan tersebut, kerana Melayu berpecah kepada Melayu yang mempertahankan pemerintahan atau cintakan keamanan negara, dan satu puak lagi adalah Melayu yang menyokong manusia (si peneraju) yang pernah mempertikaikan perlembagaan dan Islam sebagai agama rasmi.

Walaupun ada rakan saya menyindir tindakan pertubuhan silat ini, tetapi alasan untuk 'berperang' sudah dijelaskan sendiri oleh mahagurunya.

Ilmu persilatan bukan hanya untuk mempertahankan diri sahaja, tapi demi ALIF, BA, TA - Agama, Bangsa dan Tanah Air.

50,000 pengamal silat sedia 'bertempur'


KUALA LUMPUR 28 Jun - Lebih 50,000 pengamal silat di negara ini bersedia untuk bertempur dengan pihak yang terlibat dalam perhimpunan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) 9 Julai ini.


Mahaguru Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia (PSSLM), Tan Sri Omardin Mauju berkata, seramai 100 guru daripada pelbagai pertubuhan silat akan membuat kata sepakat pada pertemuan Sabtu ini demi mempertahankan keselamatan negara.


Tegasnya, sebagai benteng ketiga selepas tentera dan polis dalam menjaga keamanan negara, adalah menjadi tanggungjawab pertubuhan itu untuk berdepan dengan mereka yang cuba membuat kacau dan mengganggu gugat keharmonian negara.


''Kami tetap dengan pendirian untuk 'berperang' jika mereka mahu meneruskan perhimpunan haram itu.


''Jika benar ia berlaku, saya tidak boleh jamin untuk mengawal emosi anak-anak buah saya pada hari tersebut kerana mereka diajar untuk bertindak jika berdepan dengan pihak lawan.


''Bukan kerja kita hendak bersorak atau menjerit seperti mereka, tetapi kerja kami hanya untuk memastikan negara tidak susah,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.


Semalam, Pengerusi Bersih, Datuk S. Ambiga bertegas tidak akan menukar pendiriannya untuk menganjurkan perhimpunan haram itu meskipun dihalang pihak berkuasa dan pihak lain.


Omardin berkata, Pertubuhan Silat juga tidak akan berganjak dengan pendirian mereka, bagaimanapun ia tidak bermaksud bahawa pertubuhan itu anti kaum atau agama selain Islam.


Sumber : Utusan Malaysia

1 ulasan:

  1. inilah masanya ! pertubuhan silat yang ada buat apa berdiam diri konon menyimpan kuku yg ada , sesekali kena turun padang ..inilah waktunya bangsa melayu harus menunjukkan diri , jgn rela diperlekeh bangsa asing , jgn mudah digertak si ambiga bangsa mendatang itu , ini tanah melayu .negara melayu bangsa melayu , !!

    ayuhhhhh ...mari kita buktikan anak melayu tidak akan mengalah semudah itu !

    BalasPadam