Followers

Jumaat, November 27, 2009

BTN + PLKN = LEMBU???

Salam.. Salam Aidiladha.. Salam Sejahtera.. Salam 1 Malaysia..

Sebenarnya saya tidak berminat hendak menulis mengenai Biro Tata Negara (BTN) dan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN). Pada saya isu ini sengaja disensasikan bagi menutup perkara-perkara yang lebih serius.

Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) mengharamkan kakitangan kerajaan negeri dan semua penuntut Institusi Pengajian Tinggi (IPT) milik kerajaan negeri daripada terlibat dengan BTN. Seperti kata Tan Sri Muhyiddin Yassin, "Kita tak boleh halang kalau itu arahan kepada kakitangan kerajaan negeri", tetapi tidak kepada kakitangan persekutuan.

Tajuk BTN + PLKN = LEMBU adalah merujuk kepada post blog rakan Candu Minda. Secara peribadi saya kurang bersetuju dengan tajuk tersebut tetapi saya bersikap terbuka (setuju) dengan hujah yang dilontarkannya.

Secara peribadi saya tidak pernah terlibat dengan PLKN dan BTN. Mengikut apa yang disampaikan kepada saya oleh pelatih PLKN di tempat saya, mereka begitu gembira dengan PLKN. Dalam 100 orang yang mengikuti PLKN, tidak semuanya akan menjadi LEMBU dan tidak semuanya akan menjadi INTAN PERMATA.

Begitu juga halnya dengan BTN. Bapa saya kerap kali menasihatkan saya jika sekiranya berpeluang untuk menyertai program BTN maka saya perlu pergi. Tetapi saya ini agak keras kepala sedikit. Berdasarkan pengalaman bapa saya, beliau mengatakan program BTN ini cukup bagus dalam mendidik kita erti kerjasama, disiplin diri, tanggungjawab dan pelbagai lagi.

Saya memang tidak mahu terlibat dengan BTN kerana pada saya perubahan diri seseorang itu perlu bermula dalam diri dahulu. Pokok pangkalnya adalah hati.

Walaupun begitu, PLKN dan BTN ini adalah 'pendesak' untuk kita mengubah diri kita.

Mengenai BTN sebagai agen Barisan Nasional itu saya tidak mengetahuinya. Mungkin hanya dilakukan oleh mereka yang berkepentingan.

Saya bersetuju dengan pendapat rakan-rakan khasnya Candu Minda yang mengatakan bahawa perubahan perlu dilakukan oleh individu itu sendiri. Sekurang-kurangnya program BTN dan PLKN ini adalah sebagai pemangkin untuk melihat perubahan diri individu kepada tahap yang positif.

Adakah program lain yang lebih berkesan daripada PLKN dan BTN??? Jika ada sila cadangkan.. pastikan pelaksanaan program yang dicadangkan itu melibatkan kos yang lebih murah berbanding PLKN dan BTN..

Saya menyokong BTN jika tiada unsur politik didalamnya..

13 ulasan:

  1. Susah jugak kalau nak desak supaya orang berfikir. Susah bagai mendesak lembu yang taknak minum air supaya minum air.

    Aku tahu, secara asasnya, secara atas permukaannya, secara terampung-ampungnya BTN ni nak pupuk semangat patriotik. Nak pupuk semangat bersatu-padu. Tapi, kena tengok juga pada modul-modul yang dilaksanakan? Ada ke tak ada unsur politik parti? Ada tak unsur-unsur mendidik membenci manusia lain? Macam mana pula dengan tayangan video yang telah diedit?

    BalasPadam
  2. Salam saudara,

    Kursus BTN mempunyai objektif sepertimana yang saudara nyatakan dalam tulisan saudara iaitu mendidik diri untuk bekejersama, kasih dan sayang kepada negara (patriotik)..

    Walaubagaimanapun, kita kena sedar adalah realiti kehidupan kita untuk menyambung kesinambungan tampuk pemerintahan oleh orang Melayu, dalam kursus BTN dinyatakan kenapa perlunya kita ada kuasa politik dan kenapa kita perlu ada politik yang stabil dan kuat.

    Tapi, kursus BTN bukan kata kena benci pembangkang atau kena pangkah kerajaan...kita sendiri yg akan buat keputusan untuk kehidupan anak cucu kita nanti...waima apa pun keputusan kita, yg penting kita masih mempunyai kuasa untuk mentadbir negara kita sendiri dan bukan diperintah oleh bangsa lain...

    Dalam BTN disediakan sejarah2 negara yang benar dan fakta...ini bermaksud benda itu adalah realiti yakni telah berlaku...

    Apa yang dibuat oleh pembangkang sekarang ni hanya fantasi...iaitu menjanjikan bermacam2 kepada rakyat dan menyatakan ketuanan rakyat...???? Tapi sedarlah bahawa,orang melayu wajib terus memegang kuasa tertinggi dalam negara...sebab sememangnya telah termaktub di dalam perlembagaan Negara...jangan sampai ianya tergadai kepada bangsa lain...

    Saudara pembaca semua, banyak lagi ulasan yang berkaitan dengan BTN ni, namun sy sekadar menyatakan apa yang termampu pada masa ini, jika perlu sy bertindak dengan perbuatan dan bukan hanya melalui penulisan, sy akan bangkit untuk mempertahankan kedaulatan negara kita.

    Terima kasih.

    Nik
    Daejeon

    BalasPadam
  3. Kalau nak jadi lembu, tak pegi BTN dan PLKN pun boleh jadi lembu, tak caya tengok lembu-lembu yang disembelih baru-baru ni kah..kah..kah..

    Point aku ialah, kesedaran patut datang dalam diri. Kalau berpuluh kali dengar motivasi tapi mentaliti ditakuk lama jugak, payah juga...

    Bagus juga isu ini timbul, sebab sekurang-kurangnya baru kita sedar, siapa yang memantau program-program sebegini? Adakah dibuat penilaian tentang keberkesanannya? Apa yang patut diperbaiki dan boleh dibaiki?

    Kalau tidak, kita asyik buat kerja sia-sia. Duit pun habis...

    Cuma pendapat aku saja

    BalasPadam
  4. Berkenaan tajuk posting Terjun, aku dah cakap tajuknya agak keras. Tapi aku tak menghalang, itu pandangan beliau. Kalau tak setuju tak apalah. Masing-masing berhak berpendapat dan menolak pendapat...

    BalasPadam
  5. Dulu aku masuk pengakap. Lepas tu kadet (PKBM). Semua tu aku join waktu di bangku sekolah. Bagi aku, persatuan yang aku join banyak memberi manfaat kepada aku. Jadi bagi aku PLKN dan BTN kurang relevan (aku pernah pegi BTN dan taklah berapa impressed sangat).

    Cadangan yang murah? Manfaatkan persatuan dan badan-badan seragam di sekolah semaksimum yang mungkin...

    BalasPadam
  6. salam syukri,
    selamt ari raya korban ye!
    act,xde kene mgene pon dgn tjuk kt sini,
    just nk bgthu link blog syida dah tukar.
    terima kasih.;)
    http://iniblogbudakhuha.blogspot.com/

    BalasPadam
  7. Ayat tu aku petik dari sebuah zine.. Rasa menarik dan SESUAI!

    BalasPadam
  8. Salam semua maad lama menyepi..

    izzuddin, nik dah jawab semua kecuali mengenai videpo yang di edit.. itu semua saya sudah lihat sendiri memang ada unsur2 yg berniat jahat.. sebenarnya bukan sahaja pihak BN yg buat seperti ini malahan PR turut melakukannya..

    video ucapan anwar di putar belit..tapi ada juga video anwar yang sahih menunjukkan dia menipu untuk meraih undi..najib juga di fitnah kerana gambar beliau digandingkan bersama dengan altantuya..

    dunia penuh tipu muslihat..

    BalasPadam
  9. Nox..seperti yang aku katakan kita bebas mengeluarkan apa jua yang kita inginkan tetapi dengan penuh berhemah..

    kita berempat mempunyai ideologi yang berbeza dan kita memang hormat sesama kita..

    pokok pangkalnya hati kita sendiri..kalau nak berubah kita kena berubah dari dalam bukannya dari luar, luaran hanya membantu unruk kita berubah tetapi tidak boleh memaksa..

    BalasPadam
  10. cadangan persatuan paling murah itu aku setuju.. tapi lagi elok kalau sistem pendidikan negara ini dimartabatkan lagi..

    sekolah agama, sekolah pondok, sekolah agama rakyat..matapelajaran moral, sivik dan sebagainya perlu diperkukuhkan lagi..

    BalasPadam
  11. salam hanyShahida selamat hari raya aidiladha juga..

    BalasPadam
  12. tajuk yang mengundang konroversi dan keras akan menarik pembaca untuk mambaca..

    BalasPadam
  13. Yeah... Hidup ini penuh kontroversi..
    Tapi kurangkan kontroversi..
    Lebih baik tingkatkan prestasi..

    Cakap dan menyalak banyak pun tak guna.. Baik buat keje..

    BalasPadam