Salam.. Salam Aidiladha.. Salam Sejahtera..
Disebabkan Yong Peng masih mundur kerana Maxis belum melebarkan jalur lebar 3Gnya ke wilayah ini, maka saya terpaksa menyepi buat seketika.
Saya ingin merujuk terus berita mengenai Chin Peng. Pada saya isu ini sudah sepatutnya di tutup. Mengapa masih ada pihak cuba membukanya semula?
Satu sahaja soalan yang ingin saya ajukan di sini. Adakah pelakon-pelakon politik yang bersimpati dan ingin membawa Chin Peng pulang ke Malaysia itu benar-benar ikhlas atau mereka hanya sekadar ingin meraih undi semasa pilihanraya????
Sekiranya mereka ikhlas, saya rasa yang perlu di bela ialah bekas pejuang-pejuang komunis yang mendapat pengampunan dan kini sedang hidup dalam kedaifan.
Chin Peng sudah hidup senang di Thailand. Dia sudah mendapat apa yang tidak diperolehi oleh bekas pejuang komunis yang mendapat pengampunan di Malaysia.
Saya tidak ingin menulis panjang lebar mengenai lelaki tua yang bernama Chin Peng ini. Mengapa lelaki tua ini perlu dihalang pulang ke Malaysia? Jawapannya sudah dinyatakan oleh Profesor Emeritus Tan Sri Khoo Kay Kim.
Para pejuang tanah air yang telah bersara juga sudah menjelaskannya di akhbar-akhbar. Bukan sahaja orang Melayu yang menentang kepulangan Chin Peng, malahan orang Cina juga turut menentangnya.
Di sini saya memilih untuk memilih menentang kepulangan Chin Peng ke Malaysia. Beliau hanya lahir di Perak tetapi beliau bukan warganegara Malaysia.
Biarlah lelaki tua yang bernama Chin Peng ini mati di Thailand.
Harap selepas ini tiada lagi isu mengenai Chin Peng.
Chin Peng ditolak kepulangannya.
BalasPadamItu sepatutnya.
Tetapi, sebagai ganti dicadangkan supaya bekas-bekas pejuang komunis yang kononnya kini hidup dalam kedaifan.
Apakah sudah difikir masak-masak untuk membela dan membawa balik bekas gerombolan komunis yang betul-betul telah mengharuharakan negara dengan berbagai bentuk keganasan dan kekejaman.
Dan apakah sekarang penduduk-penduk negara yang mungkin sebahagiannya terdiri dari mangsa kekejaman dan keganasan komunis, tidak hidup dalam kedaifan.
Sudahlah, kerajaan sepatutnya kini dibebankan dengan berusaha kuat bagi menjaga rakyat yang telah bersusah payah bersama kerajaan menentang keganasan komunis.
Dan lihatlah betapa ramai anggota tentera dan polis yang telah menjadi mangsa kekejaman komunis yang masih menderita hingga kini; dan ahli keluarga mereka mungkin lebih daif.
terima kasih Semanggigunung atas komen anda..
BalasPadamsebenarnya kerajaan perlu menumpukan usaha membantu mereka yang pernah menjadi mangsa kekejaman PKM.. mereka inilah yang kini sedang hidup daif.