Followers

Jumaat, November 20, 2009

Selamat bercuti..


Salam.. Salam Sejahtera.. Salam Ukhwah.. Salam 1 Malaysia..

Hari ini adalah hari Jumaat 20 November 2009 bersamaan 2 Zulhijjah 1430 Hijrah.

Keadaan desasiswa semakin tenteram apabila semakin ramai penghuninya pulang untuk bercuti selama sebulan. Cuti semester.

Jika sebelum ini di hari-hari biasa keadaan amat meriah kerana kedengaran pelbagai rentak muzik yang kadangkala memeningkan kepala, kini kesemuanya itu hilang dalam sekelip mata.

Pelajar-pelajar dari Korea mungkin akan berparti malam ini. Pada malam Piala Malaysia saya tersalah sangka kerana beranggapan bahawa yang membuat bising itu adalah pelajar Kelantan tetapi rupa-rupanya pelajar dari Korea Selatan. Mungkin mereka berhibur rasanya.

Selamat bercuti kepada rakan-rakan dan hargailah cuti selama sebulan ini bersama keluarga.

Kepada mereka yang mempunyai komitmen, selamat melaksanakan tanggungjawab tersebut.

wassalam..

2 ulasan:

  1. huyo! pelajar korea pun minat bola ker? hahah adoi... eh! kt U ko ada plajar2 lain ker? ko cuti gak kan semesta? wah! ha! lupa slmat bercuti gak kt ko...

    BalasPadam
  2. pelajar israel je kot yg xde..

    mamat korea tu bukan tgk bola tp memekak je kat bilik atas..

    aku wajib cuti..

    BalasPadam