Zaman saya sekolah dahulu hampir kesemua rakan-rakan saya bercerita dan memiliki laman sosial Friendster. Kemudian mereka bercerita pula mengenai MySpace. Kini, rakan-rakan hampir kesemuanya terlibat sama dengan Facebook.
Sejak dulu lagi saya tidak gemar dengan benda-benda karut ni. Laman sosial yang entah apa-apa dan dari mana asal-usulnya. Apabila rakan-rakan bercerita mengenai Friendster, saya hanya mendengar sahaja dan tidak berminat untuk turut sama memilikinya.
Apabila di universiti, desakan untuk terlibat sama dalam laman sosial ini semakin ketara. Walaupun saya mendapat informasi yang mengatakan bahawa laman sosial Facebook ini diasaskan oleh Yahudi dan dikatakan bahawa Facebook adalah tempat mereka (Yahudi) untuk memerhati pergerakan serta mendapatkan maklumat kita, tetapi sukar sebenarnya untuk menjauhi Facebook ini.
Langkah terbaik ialah tidak perlu mengisi kesemua maklumat diri dengan terlalu jujur di Facebook.
Saya teringat penulisan Dr. Mohd Asri Zainul Abidin di dalam bukunya yang bertajuk "Mengemudi Bahtera Perubahan Minda". Beliau mengatakan mengapa perlu mempertikai soal halal atau haram sesuatu itu sedangkan kita sebagai umat Islam tidak pernah cuba untuk menghasilkannya? Mengapa hanya tahu menjatuhkan hukum sahaja? Saya berpegang kepada kata-kata Dr. Asri ini.
Perdana Menteri Datuk Sri Mohd Najib Tun Razak sendiri menyertai laman sosial Facebook ini. Begitu juga dengan mantan Mufti Perlis Dr. Mohd Asri Zainul Abidin.
Facebook juga mampu menjadi medium untuk pemimpin menjadi dekat dengan rakyat. Kadangkala rakyat boleh terus menghantar aduan kepada pemimpin melalui Facebook.
Saya melihat Facebook mampu menjadi medium terbaik untuk kita berkongsi maklumat, pendapat dan idea dengan pemimpin-pemimpin. Secara peribadi saya juga kerap berkongsi idea dengan Ahli Parlimen di daerah kelahiran saya. Melalui Facebook juga kita sebagai mahasiswa dan mahasiswi boleh mengadu masalah berkaitan universiti terus kepada Yang Di Pertua Majlis Perwakilan Pelajar (MPP). Gunakanlah kemudahan yang sedia ada dengan sebaik mungkin.
Mengapa saya mengatakan kita perlu berkongsi idea dengan pemimpin-pemimpin?
Secara peribadi banyak perkara yang dibincangkan di Facebook hanya melibatkan perkara yang remeh dan temeh. Kenyataan ini bukan datang daripada saya tetapi datang daripada pak cik saya sendiri. Beliau melahirkan perasaan cukup pelik dengan pengguna Facebook kerana lebih suka bersembang perkara remeh-temeh berbanding perkara yang ilmiah.
Seperti biasa, "Kita jangan nafikan hak mereka...".
Saya juga turut bersembang mengenai Facebook dengan beberapa orang. Apabila membuka tajuk mengenai info yang berkaitan isu-isu semasa, tiada siapa yang ingin "komen". Tetapi apabila di buka tajuk mengenai perkara remeh seperti "sedihnyaaa..." atau "kecewaaaa...", masa tu cukup banyak komen yang diberikan.
"Jangan nafikan hak mereka..."
Saya teringat kata-kata guru saya, semakin hari semakin kurang orang yang bercakap perkara yang berkaitan akademik dan ilmiah. Mereka hanya suka perkara yang remeh-temeh dan hiburan saja.
Majlis-majlis ilmu, forum-forum berbentuk ilmiah, seminar-seminar berkaitan wacana pemikiran dan sebagainya adalah amat membosankan untuk dibincangkan. Kini, semua orang lebih gemar memperkatakan perkara berkenaan hiburan.
Akademi Fantasia lebih digemari berbanding Akademi Al-Quran. Konsert Jom Heboh lebih ramai pengunjung berbanding Forum Perdana Ehwal Islam. Ceramah politik yang sarat dengan kata-kata nista lebih ramai pendengar berbanding seminar ilmu.
Kini, lebih ramai yang berkunjung ke pusat karaoke, panggung wayang, pusat bowling berbanding kedai-kedai buku.
"Jangan nafikan hak mereka..."
*Hanya sekadar pandangan..
facebook aku pun dgr kata org yahudi pnya? aku ade msuk 1 blog ni dia cte psl facebook jgk la.... dn dia letak gambar dlm gmbr 2 perlancaran facebook dorg bawak bendera yahudi lagi? adoi... tah la.. xtahu la btul ker x? eh! ko pnye blog cte psl politik jer? jarang aku tgk bdk2 muda minat politik.... apa2 pun truskan mengupas lagi isu2 yg lebih menarik k.... dan lg 1 aku sokong skrg org lebih suka hiburan dunia lg dr akhirat? adoi... dunia akhir zaman la....
BalasPadambetul tu dunia akhir zaman..
BalasPadamNick aku ni pelajar bidang Sains Politik, jadi blog ni tak dapat lari dari cerita bab2 politik..
aku tak menentang Yahudi sebab yg jahat ni adalah Zionis.. ada juga Yahudi yg baik, sama la jugak dgn orang Islam bukan semua baik..
terima kasih..
Inilah bakal ahli parlimen Ayer Hitam,johor pada masa akan datang nanti.. Hahahaha
BalasPadamEmm... Facebook direka dan dimiliki oleh Mark Zuckerberg iaitu seorang pelajar Harvard University... Seorang yahudi amerika.. Aku rasa dia ini mungkin tak ada kaitan dengan zionis.. Sebab yang yang ada kaitan dengan zionis ini kebanyakkannya yang pegang share saham dalam facebook... Sebab deme ni cukong yang terkenal.. Aku pun tak dapat nak bagitau sapa deme ni.. Yang aku tau mungkin seorang iaitu Joel Leyden iaitu seorang wartawan dan pemilik Israel News Agency...
yelah remie.. nampak gaya wee ka siong tak bertanding kat ayer hitam lagi la lepas ni..
BalasPadamsemua teknologi yg ada hari ni sebenar agen propaganda je..kita ni cuma pengguna yg hanya tahu mengguna..
orang2 macam kita je yg selalu pertikai & persoal dari mana benda2 ni datang, siapa pengasas bla bla bla bla...