Followers

Isnin, November 16, 2009

Bubar je semua..

Salam Ukhwah, Salam Sejahtera, Salam 1 Malaysia..

Hari ini 16 November 2009 Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah membuat keputusan bahawa kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Siputeh kosong dan perlu diadakan pilihanraya kecil.

Pilihanraya kecil terpaksa diadakan jika sekiranya penyandang kerusi terbabit iaitu Datuk Abu Hassan Sarif gagal di dalam rayuannya.

Speaker DUN Kedah iaitu Datuk Dr. Abdul Isa Ismail telah mengumumkan kerusi DUN Kota Siputeh kosong apabila penyandang kerusi terbabit gagal menghadiri persidangan DUN dua hari berturut-turut. Namun begitu, pihak Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) telah bertindak mengenepikan arahan speaker DUN Kedah.

Di dalam pilihanraya umum ke-12 yang lalu calon Barisan Nasional memenangi kerusi DUN terbabit dengan majoriti yang kecil iaitu sebanyak 495 undi.

Jika penyandang kerusi DUN Kota Siputeh gagal dalam rayuannya, maka kita akan melihat satu lagi siri pilihanraya kecil. Pertandingan itu sudah tentulah melibatkan BN (UMNO) dan PAS.

Jika ditakdirkan kita sekali lagi akan melihat pelbagai kekecohan, pembongkaran kisah peribadi, kisah dalam kain, kisah silam, fitnah, pergaduhan, penghinaan, kedayusan penyokong fanatik, lakonan ahli-ahli politik dan pelbagai lagi senario.

Elok Parlimen di bubar dan buat pilihanraya umum lebih awal. Semua DUN pun perlu dibubarkan (kecuali Sarawak) supaya rakyat dapat memberikan mandat kepada sesiapa yang dikehendakinya. Tak habis-habis dengan siri pilihanraya kecil. Naik muak!

Tunggu dan lihatlah..

4 ulasan:

  1. huh! aku pun pening jgk la seputeh ni kena bubar ker? hmm... tp thn 2009 ni mmg byk pilihan raya la....

    BalasPadam
  2. terima kasih nick irfan, sudi komen..blog aku ni bab2 serius bukan macam blog ko..

    DUN Kota Siputeh tu disytiharkan kosong oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Kalau wakil rakyat BN gagal dalam rayuan terpaksalah ada pilihanraya kecil kat situ..

    nak buat macam mana depa suka raya..

    BalasPadam
  3. Inilah dinamakan sebagai demokrasi terpimpin..

    BalasPadam
  4. tiada sistem yg sempurna dalam dunia ni kerana sistem itu diwujudkan oleh manusia..

    BalasPadam